Tuesday 9 August 2011

KULIT ANAK SENSITIF ATAU ALAMI ALAHAN? JANGAN PANDANG REMEH!

Jangan pandang remeh sekiranya kulit anak anda mengalami ruam, berkuping, kemerahan, kegatalan kerana ia antara petanda bahawa kulit mereka adalah sensitif dan mudah mendapat alahan. Pengambilan susu pun antara penyebab yang sering menganggu keadaan kulit dan sistem perkumuhan anak-anak.Pelbagai jenis produk atau petua tradisional yang boleh membantu mengatasinya. Anak-anak mama koda juga tidak terkecuali. Jom ikuti mama koda tentang isu ini. Terlebih dahulu, sebagai mama, kita perlu tahu bagaimana untuk mengatasinya:

Sebelum mencari penyelesaian atau kaedah untuk pulihkan, kita sebagai mama, kena tahu punca alahan:

Antara produk-produk yang telah mama koda cuba untuk atasi masalah kulit anak-anak:

1)Sebamed
Produk ini buatan Jerman. Harga boleh tahan. Sebamed ni ada yang untuk orang dewasa dan ada untuk bayi.Mak Koda cuba sebamed yang untuk bayi punye. Bau sebamed bayi ni lembut. Ada kesan kepada kulit bayi. Mak Koda pakai ni semasa anak-anak berstatus bayi sebab kulit anak-anak mak koda ni punyelah sensitive. Pakai Johnson naik ruam dan jadi merah-merah.

2)Gamat Emas
Atas nasihat makcik S, mama koda cuba krim mandian dan losen gamat emas. Hari pertama pakai, nampak macam serasi. Masuk hari ke dua, kulit kakak(panggilan untuk anak mak koda yang pertama), jadi berparut.lama juga nak hilang kesan akibat pakai produk ni. Mak Koda pakaikan masa dia masih baby.Akhirnya, mak koda yang pakai sendiri.Mak koda anggap, ia tak sesuai dengan kulit anak mak koda. Mak Koda diam-diam je, tak beritahu kat hubby mak Koda.takut kena marah..

4)Johnson
Produk ni natural dan lembut. Kulit anak koda tiada perubahan, namun tidak memudaratkan. Jadi semasa, kulit anak-anak bermasalah, mak koda tak gunakan Johnson. ,Bau yang harum ditambah dengan bau bayi yang manis gitu!Memang sesuai.
Sabun Johnson ni sesuai untuk semua kulit bayi dan kanak-kanak yang tiada masalah. Mak Koda gunakan masa anak-anak mak koda bergelar bayi sehingga kini!Bila anak-anak mak koda dah tidak bergelar bayi, mak koda campur-campur brand jugak. Nanti, mak koda cerita lagi ya. Banyak sangat produk kat pasaran.Kena cuba, baru tahu,

5)Ezerra
Anak-anak mak Koda memang terkenal dengan kulit yang sensitif. Mungkin ini warisan turun temurun daripada mama koda. Wan Jim(mak kepada mak koda), yang terbaca kat surat khabar dan cadangkan mak koda mencuba Ezerra kepada anak-anak. Ezerra ni produk yang tiada SLS, steroid atau sebarang bahan kimia berbahaya. Produk ni boleh didapati di farmasi.Mak Koda betul-betul berharap, moga produk ni dapat membantu anak-anak mak koda. Mandian dan krim Ezerra memang best!Kulit anak-anak pulih(bukan 100% tau!) hanya dalam masa 3 hari. Mak Koda buat iklan percuma ni!
6)Gel Gamat Healin
Gel ni, mama koda temui secara tak sengaja. Masa anak-anak mak koda kecil, mak koda hantar ke rumah baby sitter. Makcik yang jaga anak mak koda ni, mama kawan hubby mama koda. Dia dah lama jaga budak-budak, sampai bayi pertama yang dia jaga tu, dah habis sekolah menengah. Hairan sungguh dengan kulit anak mak koda. Masa anak-anak mak koda berstatus bayi, mereka selalu kena ‘kurap susu’. Mak koda dah buat langkah-langkah yang sepatutnya seperti bersihkan sekeliling mulut anak dengan air. Tapi, ‘kurap susu’ tu, tetap juga hinggap di pipi. Mak koda pun tanyalah makcik tu apa yang dia letak , sampai kulit anak mak koda Nampak jauh lebih elok. Dia pun cakap yang menantu dia, letakkan gel gamat healin kat pipi anak mak koda.Apa lagi, mak koda dengan gembiranya pergi cari stokis yang jual produk tu(mak koda bukan agen/stokis gamat). Alhamdulillah, gel tu memang mak koda spare kat rumah.
    


7)Krim cortisone daripada doktor.
Pernah terjadi, yang alahan kulit anak-anak mak koda, tak hilang-hilang( hilang, timbul gatal, bersilih ganti tu standard), mak koda dah tak tahu buat apa lagi. Akhirnya, mak koda akan pergi kelinik Kee(ejaan sebenar kat papan tanda klinik tu).Klinik ni, diuruskan oleh seorang doktor Singh yang dah tua.Banyak pengalaman. Harga ubat kat kelinik ni memang agak tinggi. Tapi, memang puashati.Krim ni tak elok dipakai selalu. Bila terdesak, kenalah pakai.Alhamdulillah, anak-anak mak koda kalau sakit apa-apa pun, makan ubat dari klinik ni, insya-Allah baik.

Kesimpulannya, kalau kulit anak-anak dapat alahan yang serius, cepat-cepat bawa berjumpa doktor. Ada juga alahan di kulit disebabkan penyakit lain seperti asma.

Petua tradisi, mak koda memang tak pernah lupakan. Cuma, mak koda amalkan dalam masa-masa tertentu sahaja. Mak koda nak berkongsi

1)Bedak sejuk Gamat Asli
Mak Koda ni kadang-kala suka kepada tradisional nenek moyang kita dulu. Bila ada yang cadangkan untuk mencuba bedak sejuk, dalam kepala otak mak Koda, teringat bedak sejuk Gamat Asli. Ni satu-satunya bedak sejuk yang Mak Koda pakai semasa zaman U aka zaman muda mudi(Mak Koda masih muda lagi tau!). Bedak sejuk ni, jika kulit muka berminyak, memang padan. Berbalik kepada cerita anak-anak mak koda ya.mak Koda pun bancuhkan dan letak kat kulit mereka..tak sampai 10 minit, yang si kakak dah bising..”mama, kenapa kulit kakak jadi lagi gatal-gatal”..biar betul?seperti biasa, mama koda simpulkan bahawa bedak sejuk tak sesuai untuk anak mak koda.

2)Tepung ubi
Mak koda suka membaca, terutama bab keibubapaan, kesihatan dan kecantikan. Mak koda tertarik dengan petua ni. Mak koda bancuh seperti biasa(2 sudu tepung ubi dengan beberapa sudu air masak), buat macam bedak sejuk. Cuma, kulit anak-anak mak koda yang sensitive ni, tak memberi apa-apa respon. Adalah dalam 1 minggu mak koda pakaikan kat anak-anak.

3) Daun mambu dan kunyit
Daun ni, atas nasihat doktor singh seperti yang mak koda cerita kat atas, untuk atasi campak. Kesian anak-anak mak koda bila kena demam campak. Yang kakak, doktor bagi calamine lotion dan ubat-ubat berkaitan. Yang si adik, doktor sarankan guna daun mambu dan serbuk kunyit dalam mandian. Mak koda boleh tengok beza antara kulit kakak dan adik. Selepas setahun berlalu, kesan campak kat kulit adik, tidak terlalu kelihatan berbanding dengan kakak. Persoalan yang bermain di fikiran mak koda telah terjawab. Calamine lotion memang membantu untuk menghilangkan gatal-gatal campak, tapi kesan negatifnya, kulit macam berparut. Mak koda tak risau, sebab dari hari ke sehari, parut kat kulit kakak, semakin hilang. Budak-budak, memang cepat pulih.

Mak koda harap apa yang mak koda ceritakan ni, boleh dijadikan pandaun untuk mama-mama di luar sana.Mungkin ada yang mak koda komen kurang menyenangkan, sebenarnya ikhlas daripada pengalaman mak koda sendiri. Tiada sebarang paksaan atau sokongan mana-mana pihak. Mak koda ni kalau bab alergik dan sensitive, memanglah master. Daripada mak koda sampai anak-anak mak koda,s emuanya ada kelebihan kulit sensitif. Mak koda tak berkesempatan untuk cerita tentang banyak lagi produk. Jika ada sebarang pertanyaan dan mak koda pernah mencubanya, mak koda pasti akan berkongsi cerita. Mak koda suka chit chat. Chit chat yang berfaedah saja.Sampai berjumpa lagi!

3 comments:

  1. Sharing yang bagus dan menarik... Suka saya untuk share juga bagaimana atasi alahan kulit, jom singgah di blog saya http://badansihatidamanhotsupermummy.blogspot.com/2014/11/ubat-alahan-makanan-pada-bayi-paling.html

    ReplyDelete
  2. perkongsiian yang sangat membantu
    https://sensasihot.wordpress.com/2015/11/22/cubaan-cubaan-yang-pernah-penulis-lakukan-untuk-enzema/

    ReplyDelete
  3. Tambah satu lagi mak koda..produk organik khas untuk bayi kulit sensitif guna bahan semulajadi dan dijamin organik..

    ReplyDelete